hai... kata orang tak baik mengeloh nie... apa lagi buat kerja yang memangnya sudah kita minat kan... tapi kadang terpaksa jugak kita mengeloh....
Dulu masa kerja sebagai pemberita, lagi lah parah bila kena kejar date line... mujurlah jugak kita nie pemberita bebas kan... boleh tulis apa sahaja yang kita suka , penerbit tak kontrol, tapi dalam tak tu pun kadang depa memekak juga bila penulis depa x dapat siapkan bahan ataupun kadang bahan yang mereka dapat tu tak menarik....kita jugak lah yang depa jerit.."mira capatlah hantar cite u.."apa pun mira berterima kasih pada bekas-bekas bos, kak Fauziah Raof, Puan rahmah Saat dan juga Haji Salleh Hamzah..dan yang lain-lain lagi yang sangat memahami dn sellu berikan kebebasan untuk menulis apa sahaja...
meninggalkan dunia kewartawanan, mulanya tak lah nak tinggal terus... hehehe... menjunam masuk ke dunia penulisan skrip nie... wah... puas.
puas bila melihat karya keluar di tv, tapi sebenarnya tak lah sepuas bila nama kita keluar di dada akhbar... sungguh, susah sebenarny nak gmbarkan antara dua kepuasan ini, bagitu juga dengan kepuasan bila novel kita keluar... semua kepuasan tu berbeza...
ramai diluar sana yang minat untuk menjadi penulis skrip ataupun sebenarnya penulis skreen.memang satu bidang yang bagus. sapa sahaja boleh sama ada untuk jadi penulis sepenuh masa atau pun sambilan kerana ianya satu bidang yang boleh buat anda hidup. besarkan anak-anak ataupun sekolahkan anak.tapi kena lah berjimat cermat kerana rezeki penulis skreen ni macam rezeki rimau kata orang tua-tua yang pandai berkias, ada masanya kita dapat wau... pastu dua tiga bulan hapak pun tarak ditambah lagi dengan kerenah hehehe.. malas nak cite yg tu..
Tapi kan ada masanya penerbit ni kan anggap penulis skreen nie macam robot... tau nak cepat sahaja, macam lah kita nie buat kerja tak pakai otak.jumpa pulak penerbit yang sekejap nak macam nie..pas tu tukar macam tu pastu tukar lagi... lagilah pening, macam kena cikugunya kita di buatnya...sebuah karya yang baik tak boleh dibuat secara tergesa-gesa, perlukan relex, rehat dan penyelidikan ruang yang lebih akan menguatkan lagi cerita, itu yang perlu difahami oleh semua penerbit dan produser sebenarnya.
bermula dengan tiada asas, sekadar hentam sahaja, berlarutan dengan kursus demi kursus, mira menyarankan kepada semua yang mahu berada dalam bidang ini, jadilah penulis yang berilmu, memang tak salah kita menjadi penulis yang hanya meniru gaya dan jadi penulis ikut-ikutan macam yang mira buat dulu, tapi kemudiannya kita tau, kita tak kan mencapai apa erti sebenarnya sebuah skrip yang baik.yang perlu di buat mengikut "rukun"nya. lagipun kalau kita mahu karya kita nie maju ke depan, kalau sampai diterima orag luar lagilah baguskan, sebab itu kita harus biarkan dirikita dgn ilmu... ketepikan dulu ego kita..sebenarnya penulis nie ada ego yang cukup tinggi, oh.. aku punya karya nie bagus... orang lain x sebagus aku... jangan tipulah kalau perasaan tu tak ada dalam jiwa pengkarya ataupun penulis macam mira nie.
jadi kepada mereka yang mahu menlangkah ke dunia penulisan skreen nie.. mira sarankan datanglah ke SWAM, persatuan penulis skreen Malaysia yang sekarang nie beribupejabat di bangunan kabin di kawasan FINAS di ulu klang bersebelahan Zoo negara tu...
menjadi penulis sebenarnya satu tugas yang sangat berat, kita bertanggungjawab kepada masyarakat sekeliling, kita menjadi khalifah, kita menjadi duta dan kita menjadi segala-galanya, beban yang kita pikul dan amanah yang ada dalam diri kita jangan sesekali kita lupakan semata-mata untuk wang dan syok sendiri.
kita ada tnggungjawab untuk membena masyarakat, untuk membenuk generasi dan kita menjadi pencetus wawasan masyarakat, membawa kebenaran dan menolak kekufuran kerana melalui skrip yang kita tulis dan kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk visual dan di pertontonkan kepada umum, semuanya merupakan satu tanggungjawan yang sangat berat walaupun sebenarnya tidak siapa peduli siapa penulis skrip bila karya kita tu dapat raking tinggi di tv, tak sapa pun peduli,.
Nama penulis tak pernah timbul pun dalam priveu drama atau pun filem, tak sapa pun yang akan ambik tau, tapi di sebalik itu, dalam kesendirian tu kita amat bangga sebenarnya bila karya kita mampu mengubah suasana.. ini mira rasai bila drama mira "misi" yang di arahkan oleh Kamal Ishak akhirnya membawa kepada kejayaan kepada puan Romzam Harus yang diangkat sebagai pemenang anugerah jururawat terbaik, lantaran mira menjadikan kisah dia sebagai asas drama Misi itu.
Tapi bagitulah ... dalam keterpinggiran kami penulis dalam genre apapun, kami mempunyai tanggungjawab yang amat berat yang ada masanya langsung tidak difahami oleh penerbit dan pengarah....
apa pun penghasilan sebuah drama atau filem bukanlah kerja persendirian, ianya kerja berpasukan, namun tampa penulis yang mencetus ilham, dimanakah industri ini?
di sinilah sebenarnya industri ini bermula....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment